2 lagi tokoh GLC didakwa miliki ijazah palsu
Eksekutif kanan di dua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dituduh mendapat ijazah palsu daripada universiti yang disifatkan oleh anggota Parlimen pembangkang sebagai "kilang ijazah".
Ong Kian Ming (DAP-Serdang), yang membuat dakwaan sama terhadap beberapa anggota kabinet sebelum ini, hari ini mengaitkan perkara sama dengan dua anggota lembaga pengarah berpangkat tinggi.
Ong berkata, laman web syarikat itu menyebut, seorang daripadanya memiliki ijazah kedoktoran daripada Oneborough University, United Kingdom.
Manakala seorang lagi didakwa memiliki sarjana Preston University, Amerika Syarikat.
Ong sebelum ini mendakwa Menteri Sumber Manusia Datuk Richard Riot turut memiliki sarjana palsu daripada Preston. Dakwaan itu dinafikan Riot.

