BERITA Malaysiakini

Nik Aziz: Audit dunia bolehlah lepas

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Walaupun lepas di dunia, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan, pihak yang melakukan kesalahan, seperti dilaporkan dalam Laporan Audit Negara 2012, tetap tidak dapat melepas 'penghakiman' di akhirat.

NONE "Audit di dunia mungkin kita boleh melepasinya, namun audit di Akhirat nanti, jika gagal melepasinya hanya neraka yang menjadi tempat balasannya," kata mursyidul am PAS hari ini.

Dalam kenyataannya yang disiarkan oleh Harakahdaily , Nik Aziz ( kanan ) juga berkata, "ketirisan berbilion ringgit wang rakyat" di sektor kerajaan itu akan terus berlaku selagi BN menjadi kerajaan.

"Puncanya, undang-undang manusia tidak akan mampu mengawal manusia. Manusia boleh menggubal undang-undang, tetapi manusia tidak sebijak Penciptanya iaitu Allah SWT," katanya.

Bekas menteri besar Kelantan juga berkata, wang itu, jika dapat diselamatkan pasti memberi banyak manfaat kepada berjuta-juta rakyat apabila digunakan untuk membantu perbelanjaan negeri yang sekitar RM500 juta setahu.