Sebanyak 7,571 aduan melibatkan pelbagai isu kepenggunaan diterima dari seluruh negara oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sejak Januari hingga Ogos lepas.

NONEMenteri berkenaan Datuk Hasan Malek (kanan) berkata aduan yang diterima menyentuh isu seperti perkhidmatan bekalan air, cetak rompak, penipuan harga, penipuan transaksi internet, salah guna kuasa, salah laku pegawai awam dan sebagainya.

"Berdasarkan aduan itu, pegawai KPDNKK telah turun untuk memeriksa kesahihan aduan itu dan sekiranya aduan itu benar, tindakan seterusnya diambil seperti memberi notis dan menyaman pihak berkenaan," katanya.

Hasan ditemui selepas menjadi tetamu program terbitan Bernama Radio 24 di Kuala Lumpur semalam.

Beliau menarik perhatian bahawa tahap kesedaran pengguna tempatan mengenai hak mereka dan isu-isu kepenggunaan boleh ditingkatkan lagi.

Menteri itu turut menasihatkan pengguna supaya menghantar aduan berserta maklumat lengkap kepada KPDNKK untuk membolehkan tindakan pemantauan atau pemeriksaan dilakukan.

- Bernama