Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pesawat komersil terhempas, dua cedera parah
Diterbitkan:  Oct 10, 2013 5:40 PM
Dikemaskini: 9:42 AM

Sebuah pesawat komersil terhempas di sebuah kampung di Kudat hari ini.

    

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Mohd Affendy Ramin berkata pesawat yang dinaiki 16 orang itu terhempas di Kampung Sinsan dan menyebabkan dua mangsa cedera parah.

    

"Panggilan kecemasan diterima pada pukul 2.54 petang dan jentera bomba bersama 11 anggota tiba di tempat kejadian 21 minit kemudian.

    

"Kesemua 16 mangsa dalam pesawat tersebut berjaya dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Kudat untuk pemeriksaan," katanya ketika dihubungi di sini.

    

Punca kejadian sedang dalam siasatan.

    

Sementara itu, syarikat penerbangan terbabit belum memberi sebarang komen mengenai insiden itu.

    

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS