Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Annuar Musa mendesak kontraktor bumiputera supaya tidak menjadi 'Ali Baba' dengan memberikan projek eksklusif berdasarkan kaum yang diperoleh daripada kerajaan kepada pihak lain.

Perkara itu tidak harus dilakukan hanya kerana mereka tidak mempunyai wang yang banyak untuk menjalankannya projek, katanya dalam sidang media di ibu pejabat MARA awal petang ini.

'Ali Baba' merujuk kepada bumiputera yang memberikan projek yang diperolehnya kepada bukan bumiputera untuk menguruskannya bagi keuntungan segera.

Annnuar berkata, bagi membendung amalan itu, sejajar dengan program Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera, Annuar berkata, MARA akan memperluaskan Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SpiKE) bagi membantu masalah dana bumiputera.

[Baca berita penuh]