Siswa UM: VC ditukar senyap-senyap
Persatuan Untuk Belia Baru Universiti Malaya (Umany) mempersoalkan pertukaran Naib Canselor Tan Sri Ghauth Jasmon yang didakwa didakwa dilakukan secara senyap-senyap.
Umany mempersoalkan tindakan oleh Kementerian Pendidikan itu kerana usaha yang dijalankan Ghauth kini, menurut mereka, baru sahaja mula menampakkan hasil.
Kumpulan siswa tersebut dalam kenyataan mereka menyebut, atas sebab itulah peruntukan dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang memberi kuasa kepada menteri untuk melantikan naib canselor, sepatutnya dihapuskan.
Ia sepatutnya ditukar dengan sistem pemilihan naib canselor oleh universiti berdasarkan cadangan sebuah badan yang dianggotai ahli akademik dan wakil pelajar, kenyataan itu dipetik.
"Umany mempersoal pemilihan (baru) naib canselor kerana ia dilakukan secara rahsia.
"UM melalui satu siri penambahbaikan bawah kepimpinan Ghauth (kiri) ... Bagaimanapun, apabila hasil kerja keras beliau semakin menampakkan hasil, Kementerian Pendidikan tiba-tiba mengeluarkan kenyataan mengatakan bahawa (kontrak) tidak akan diteruskan dan orang baru akan diambil," kata mereka.

