Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

VIDEO l 0:59 minit

Selepas empat tahun berhempas pulas mengelakkan hukuman mati, Mahkamah Tingi Singapura membuat keputusan yang jarang-jarang berlaku dengan menukar hukuman gantung kepada penjara seumur hidup kepada penyeludup dadah Malaysia Yong Vui Kong.

Peguam M Ravi berkata, Hakim Choo Han Teck berpuas hati dengan kerjasama Yong dengan pihak berkuasa dan penglibatannya dalam penyeludupan dadah hanya sebagai pembawa.

azlan Yong justeru akan dipenjarakan seumur hidup dan 15 kali sebatan, kata peguam hak asasi itu kepada pemberita di luar Kompleks Mahkamah Agung pagi ini.

Menurut Ravi, Yong sangat menghargai keputusan itu sehingga melutut di hadap hakim semasa keputusan pendengaran itu dibuat.

Keputusan itu nyata membuatkan aktivis anti hukuman mati yang melobi pembebasannya sejak beberapa tahun lalu menarik nafas lega. Yong, kini 23 tahun, berasal daripada Sabah.

Keputusan mahkamah itu mungkin berhubung kait dengan pembaharuan yang diluluskan dalam parlimen Singapuran November lalu yang menghapuskan hukuman mati untuk beberapa kes penyeludupan dadah dan pembunuhan.

Yong sebelum ini menulis surat-surat daripada dalam penjara untuk tatapan rakyat Malaysia, yang disiarkan dari masa ke semasa di Malaysiakini .

Beliau antaranya menceritakan kekesalannya terjebak dalam perkara itu dan bagaimana beliau menghabiskan masa dalam penjara dengan mendampingi ajaran agama.

Dalam surat terakhirnya pada Julai 2011, beliau berkata sudah sedia menghadapi hukuman mati dengan aman.

[Baca berita penuh]

ADS