Anwar gagal gugurkan Shafee dari pasukan pendakwa
Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggugurkan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan terhadap pembebasan ketua pembangkang daripada tuduhan liwat kedua terhadapnya.
Menurut anggota Parlimen Batu Tian Chua dalam Twitter, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mempunyai hak melantik sesiapa sahaja menjadi pendakwa.
Presiden Mahkamah Rayuan Md Raus Sharif mengetuai panel lima hakim, termasuk Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Datuk Ahmad Maarop, Datuk Hasan Lah dan Datuk Seri Abu Samah Nordin.
Dengan keputusan itu, rayuan pasukan pendakwaan terhadap pembebasan Anwar akan didengar di Mahkamah Rayuan pada 11 dan 12 Disember ini.
[Baca berita penuh]

