Pemuda PKR (AMK) Pulau Pinang hari ini tampil mempertahankan bos mereka Mansor Othman, sekali gus mengkritik anggota Parlimen Jelutong daripada DAP Jeff Ooi kerana menggelar penjawat awam sebagai "kucing kurap".

Ketua AMK negeri Dr Afif Bahardin berkata, kebiadapan Ooi terhadap penjawat awam berpangkat rendah dalam Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) itu tidak boleh wajar.

Dr Afif berkata, Mansor, pengerusi PKR negeri dan anggota Parlimen Nibong Tebal, tidak campur tangan dalam kawasan Parlimen Ooi dan hanya mencadangkan beliau menghormati orang lain, walaupun pegawai berpangkat rendah.

Dr Afif Bahardin "Menggelar seseorang sebagai kucing kurap sangat tidak profesional," kata Dr Afif kepada Malaysiakini .

"Jangan layan penjawat awam seperti pemimpin BN lalukan kerana setiap mereka mempunyai maruah dan kemuliaan diri," kata exco kesihatan itu.

Mansor ( kiri ) semalam menggesa Oii menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf kerana ia bertentangan dengan semangat dalam Pakatan Rakyat.

Tambahnya lagi, komen Ooi itu tidak sesuai dan tidak sepatutnya kerana istilah yang digunakan itu bersifat keji dan tercela.

Ooi bagaimanapun menyindir kembali Mansor dengan mengingatkannya supaya tidak menjadi 'tokong'.

Ooi dilaporkan mengaku memberi label 'kucing kurap' kepada kepada beberapa pegawai MPPP kerana tidak membawa perangkaan terkini kedudukan penjaja di Jelutong selain tidak berpuas hati apabila pegawai kanan yang sepatutnya hadir tiada dalam satu sesi lawatan.

[Baca berita penuh]