Talam tuntut RM324mil dari Chua Tee Yong
Diterbitkan: Nov 28, 2013 11:32 AM | Dikemas kini: Nov 28, 2013 12:23 PM
Syarikat pembangunan harta tanah Talam Transform Bhd (sebelum ini dikenali sebagai Trinity Corp Bhd) memfailkan kenyataan tuntutan di Mahkamah Tinggi menuntut RM324 juta daripada ahli politik Datuk Chua Tee Yong, sebagai ganti rugi atas dakwaan memfitnah.
Menurut doklumen mahkamah yang diperoleh
KiniBiz
, Tee Yong, anak kepada Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek dan anggota Parlimen Labis, Johor, pada Julai 2012 mendakwa wujudnya skandal RM1 bilion melibatkan kerajaan Selangor dan Talam.
Perincian tuduhan itu dilaporkan oleh pihak media.
Talam dalam samannya mendakwa kenyataan Tee Yong kepada The Star pada Julai dan Oktober tahun lepas sebagai fitnah.

