Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan supaya wakil rakyat Selangor dari parti itu, yang mendapat kenaikan gaji yang agak besar tahun depan, menyumbang sebahagian daripada gaji mereka kepada tabung pendidikan negeri.

NONE Anwar mencadangkan jumlah RM1,000 atau 20 peratus daripada gaji

mereka disumbangkan pada tabung tersebut untuk membantu kanak-kanak miskin, selepas mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Cadangan itu tidak termasuk ADUN PKR di Pulau Pinang kerana kenaikan gaji mereka - dari RM4,111 kepada RM6,000 - yang diumumkan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng semalam, adalah lebih rendah, kata Anwar.

Ketika ditemui di Balik Pulau, Anwar berkata beliau mahu perkara itu diselesaikan secepat mungkin kerana Majlis Pakatan Rakyat akan bermesyuarat minggu depan.

Anwar berkata, semasa beliau mengetahui tentang kenaikan gaji itu, ia telahpun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Selangor.

Jadi, tegasnya, cadangan beliau itu merupakan satu cara untuk wakil rakyat negeri menyumbangkan kembali sesuatu kepada rakyat," katanya.

[Baca berita penuh]