Kerajaan persekutuan tidak memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membuat keputusan menyebelahi hak Malaysiakini untuk menerbitkan akhbar berlesen.

Tempoh 30 hari untuk memfailkannya berakhir semalam.

Ini bermaksud Malauysiakini kini boleh memohon menteri dalam negeri mempertimbangkan kembali permohonan lesen percetakan akhbar, seperti diarahkan oleh Mahkamah Tinggi.

NONE Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysiakini Premesh Chandran ( kanan ) mengalu-alukan keputusan kerajaan itu.

"Kami akan menulis kepada menteri dalam negeri bagi memohon beliau mempertimbangkan semula permohonan Malaysiakini , berdasarkan penetapan oleh Mahkamah Tinggi.

"Kami harap menteri mengambil perhatian terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dan meluluskan lesen penerbitan Malaysiakini dengan segera," katanya.

Pada 1 Oktober tahun lalu, Mahkamah Tinggi membatalkan keputusan menteri yang menolak permohonan permit Malaysiakini .

Keputusan itu kemudiannya dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan pada 30 Oktober lalu.

Keputusan itu dilihat menjadi penanda aras bahawa hak menerbitkan akhbar dijamin dalam perlembagaan dan menteri dalam menteri tidak boleh menolaknya secara sewenang-wenangnya.

[Baca berita penuh]