Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyuarakan kebimbangannya ekoran langkah kerajaan menaikkan tarif elektrik untuk semua kategori pengguna berkuatkuasa 1 Januari tahun depan.

NONE Sambil menganggapnya sebagai hadiah kerajaan untuk Tahun Baru

kepada semua rakyat Malaysia, Lim (kiri_ yang juga setiausaha agung DAP menyifatkan kenaikan itu sebagai "tidak kena pada masanya dan tidak wajar".

Menurutnya, hampir dua juta pengguna domestik di Semenanjung Malaysia masih terjejas dengan purata kenaikan 14.8 peratus.

Malah, tambahnya, di kalangan dua juta pengguna tersebut, 1.4 juta daripadanya membayar tidak lebih daripada RM200 bagi bil bulanan mereka sebelum ini.

"Kita bercakap tentang keluarga biasa kelas pertengahan di bandar atau sebuah keluarga besar di kawasan luar bandar. Jelas kepada saya bahawa keluarga rakyat Malaysia kelas pertengahan ini akan terus dihimpit oleh pelarasan tarif ini," katanya dalam satu kenyataan.

Lim (kiri) bimbang tentang kesan kenaikan tarif itu terhadap perniagaan kecil.

Menurutnya, runcit, kedai kopi, kedai gunting rambut dan semua jenis pemilik perniagaan kecil perlu berbelanja lebih banyak untuk meneruskan perniagaan mereka.

"Begitu juga dengan industri IKS yang perlu mengekalkan persaingan kos di tengah-tengah persekitaran yang semakin mencabar. Purata tarif bagi kedua-dua pengguna komersil dan industri itu akan meningkat 16.85 peratus, " katanya.

"Lebih membimbangkan lagi, perniagaan kecil dalam kategori komersil atau perindustrian yang menggunakan tidak lebih daripada 200 kWj setiap bulan, akan terjejas dengan kenaikan 10 peratus bil elektrik. Ini tidak adil dan tidak wajar," tambahnya.

[Baca berita penuh]