Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Ganesan, ulang dakwaan samseng dan kami saman'

Penasihat Kebangsaan Persatuan Hindraf Malaysia N Ganesan diberi amaran untuk tidak mengulangi kenyataan yang mengaitkan samseng dengan anggota politik kanan Pulau Pinang yang didakwa mengganggu sebuah mesyuarat NGO.

Pemilik restoren Ragindran Sivasamy, 58, yang terbabit sama dalam perkara itu apabila media ditunjukkan gambarnya bersama Timbalan Ketua Menteri II P Ramasamy semalam, berkata beliau sedang mendapatkan khidmat nasihat sama ada untuk menyaman Ganesan.

NONE Ganesan ( kanan ) memaparkan gambar dan mengenalpasti Ragindran semasa sidang media di Pulau Pinang semalam, mendakwa beliau berkait kepada Ramasamy dan Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Lim enggan mengulasnya dan menyerahkan perkara itu kepada Ramasamy, yang mempengerusikan Hindu Endowment Board (PHEB) Pulau Pinang.

Gambar itu dengan Ramasamy (dan beberapa lagi) diambil selepas dia datang unuk menyelesaikan masalah kuil di Sg Ara, yang juga menghadapi masalah sama," jelas Ragindran.

Ragindran, yang didakwa mengganggu mesyuarat NGO di Jalan Utama pada Sabtu, berkata dia dipaksa meninggalkan dewan oleh empat anggota Persatuan Hindraf Malaysia apabila membangkitkan soalan berhubung memorandum, tetapi beliau menolaknya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS