Tiga kesedihan dalam pendidikan Malaysia
Sekiranya pencapaian Malaysia dalam tiga subjek Matematik, Sains dan bacaan dalam Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) 2012 sedikit lebih baik daripada ujian PISA 2010, sudah tentu timbalan perdana menteri merangkap menteri pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyebut perkara tersebut dalam ucapannya sewaktu pembukaan mesyuarat agung tahunan Pemuda, Wanita, dan Puteri Umno pada malam Selasa lalu.
(Keputusan PISA keluar awal pada hari yang sama.)
Ia sebagai bukti bahawa Malaysia sedang bangkit untuk menghasilkan sebuah sistem pendidikan bertaraf dunia bawah kepimpinannya.
Tetapi keputusan PISA 2012 lebih sesuai dijadikan sebab untuk bermuram daripada bersuka ria.
Kerana itulah Muhyiddin membisu tentang keputusan PISA, tidak seperti rakan sejawatannya dari Singapura, Menteri Pendidikan Heng Swee Keat yang menyebut pada hari keputusan itu diumumkan, bahawa beliau amat gembira kerana remaja 15 tahun di Singapura mencatatkan pencapaian yang “amat, amat baik”.
Ini memandangkan pelajar Singapura ditempatkan pada tangga kedua dalam Matematik, ketiga dalam Sains dan bacaan dalam ujian penilaian global yang melibatkan 510,100 pelajar berusia 15 tahun dari 65 buah negara dan wilayah.
Menteri Pendidikan Thai, Chaturon Chaisang ceria apabila pelajar Thai mencatatkan skor 441 dalam bacaan, 427 dalam matematik dan 444 dalam sains (mengatasi Malaysian dalam ketiga-tiga subjek itu).
Menurut beliau, pencapaian pelajar-pelajar Thai membayangkan potensi negara itu dan mampu menarik masuk pelaburan.
Ada cukup banyak sebab untuk Malaysia berduka dengan PISA 2012, apatah lagi kerana negara ini mengumumkan hasrat untuk menduduki tangga tiga teratas dalam penilaian antarabangsa seperti yang diukur menerusi pencapaian dalam PISA atau Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) menjelang 2021.
Malah Muhyiddin pernah menyebut sebelum penerbitan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015 Oktober lalu bahawa anak-anak Malaysia mendapat pendidikan lebih baik daripada anak-anak Amerika Syarikat, Britain dan Jerman.
Dakwaan Muhyiddin itu bukan saja tidak didukung oleh laporan terkini TIMSS dan PISA, malah PISA 2012 menunjukkan pelajar berusia 15 tahun dan sistem pendidikan Malaysia berdepan dengan tiga keadaan mendukacitakan:
(1) Malaysia nampaknya terperangkap di tangga tiga terbawah di kalangan negara yang mengambil bahagian dalam penilaian antarabangsa dan tidak mencatatkan sebarang kemajuan.
Matematik Sains Bacaan
2010 2012 2010 2012 2010 2012
Skor 404 421 422 420 414 398
Tangga 57 52 52 53 55 59
Sselain itu, Kazakhstan memintas Malaysia dalam subjek sains (PISA 2009: Kazakhstan 400, Malaysia 422; PISA 2012: Kazakhstan 425, Malaysia 420).
Matematik Sains Bacaan
(PISA 2012)
Thailand 427 444 441
Malaysia 421 420 398
Pelan pembangunan Pendidikan Malaysia menyebut:
“Sepanjang dua dekad yang lalu, pentaksiran antarabangsa seperti PISA dan TIMSS, telah muncul sebagai kaedah perbandingan langsung tentang kualiti keberhasilan pendidikan merentas pelbagai sistem. Kaedah ini mentaksir pelbagai kemahiran kognitif seperti aplikasi dan penaakulan…
“Keputusan PISA 2009+ (penyertaan kali pertama Malaysia) juga tidak memberangsangkan kerana kedudukan Malaysia terletak dalam kelompok tiga terbawah dalam kalangan 74 negara peserta. Pencapaian ini juga meletakkan Malaysia bawah pencapaian purata antarabangsa dan OECD.
“Hampir 60 peratus murid berumur 15 tahun yang menyertai PISA 2009+ gagal mencapai tahap kemahiran minimum dalam Matematik, manakala 44 peratus dalam bacaan dan 43 peratus dalam Sains tidak mencapai tahap kemahiran minimum.
“Perbezaan skor sebanyak 38 mata dalam skala PISA adalah bersamaan dengan satu tahun persekolahan.
“Perbandingan skor ini menunjukkan murid berumur 15 tahun di Singapura, Korea Selatan, Hong Kong dan Shanghai mempunyai prestasi tiga atau lebih tahun persekolahan berbanding murid berumur 15 tahun di Malaysia.”
Jurang skor antara pelajar Malaysia berusia 15 tahun dengan pelajar Singapura, Korea Selatan, Hong Kong, dan Shanghai pada usia yang sama semakin jauh sejak PISA sebelum ini.
Berasaskan perbezaan 38 mata pada skala PISA yang bersamaan dengan setahun persekolahan, jurang melebar ke tahap di mana pelajar 15 tahun di Shanghai, Singapura dan Korea Selatan menunjukkan prestasi seolah-olah mereka mendapat waktu persekolahan empat atau lima tahun lelih lama daripada pelajar di Malaysia.
Perkara ini boleh dilihat menerusi carta di bawah:
Skor PISA 2012
(Kurungan: perbezaan tahun persekolahan)
Bacaan Matematik Sains
Shanghai 570 (4.5) 613 (5) 580 (4.2)
Singapura 542 (3.8) 573 (4) 551 (3.5)
Korea Selatan 536 (3.6) 554 (3.5) 538 (3.1)
Hong Kong 545 (3.9) 561 (3.7) 555 (3.6)
Malaysia 398 421 420
Sebagai menteri pendidikan, Muhyiddin tidak boleh terus membisu dan sebaliknya menjelaskan beliau hendak mengatasi tiga perkara yang mendukacitakan bagi pendidikan Malaysia seperti yang dilihat menerusi keputusan PISA 2012.

