Exco: Senarai calon ahli majlis belum diterima
Exco hal ehwal kerajaan tempatan Datuk Teng Chang Khim berkata kumpulan yang menyatakan kebimbangan bahawa mereka akan diketepikan dalam pelantikan baru ahli majlis bertindak demikian terlalu awal.
Katanya, kerajaan negeri masih belum menerima kesemua pencalonan untuk jawatan ahli majlis tersebut.
“Sepanjang pengetahuan saya, kami belum menerima senarai (pencalonan ahli majlis) daripada PKR dan PAS malah saya juga masih belum melihat senarai DAP.
"Ia dihantar ke sekretariat kami (di unit perancang ekonomi negeri).
“Sekretariat perlu mengasingkannya terlebih dahulu sebelum kami tengok. Saya tidak tahu perkara ini, saya tidak tahu bagaimana mereka (NGO) tahu semua perkara,” katanya ketika dihubungi semalam.
Teng mengulas kenyataan dari satu gabungan NGO yang Coalition for Good Governance (CGG) yang menyatakan kebimbangan mengani jumlah wakil masyarakat sivil dalam pentadbiran kerajaan termpatan Selangor dan kemungkinan bahawa wakil berkenaan dipecat.
Pakatan menetapkan kuota 25 peratus bagi ahli majlis untuk dilantik dari kalangan NGO, melalui pilihan raya kerajaan tempatan.

