Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KSN ketuai 102 penerima darjah kebesaran S'gor

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa mengetuai senarai 102 penerima darjah dan bintang kebesaran Selangor sempena Hari Keputeraan Ke-68 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini.

Dr Ali menerima Darjah Kelas Pertama, Darjah Kebesaran Seri Paduka  Mahkota Selangor (SPMS.) yang membawa gelaran 'Datuk Seri'.

Turut menerima S.P.M.S. ialah Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Sime Darby Berhad Tan Sri Mohd Bakke Salleh dan Pengerusi  dan Pengarah Urusan Kumpulan Senireka Sdn Bhd Datuk Ar Nik Mohamed Nik Mahmood.

Dua menantu lelaki Sultan Selangor iaitu Pengarah, Penerbit dan  Penulis Filem Pendek 'Adrenalin', Colin Salem Parbury dan Pengarah  Urusan Light Cibles Malaysia, Aubry Rahim Mennesson masing-masing dianugerah Darjah Kelas Pertama, Darjah Kebesaran Datuk Setia - Sultan Sharafuddin Idris Shah (SSIS) yang membawa gelaran Datuk Setia.

Turut menerima SSIS ialah Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Sultan Sharafuddin berkenan menyampaikan darjah dan bintang kebesaran berkenaan pada satu majlis yang diadakan di Balairong Seri Istana Alam Shah Klang.

Seramai 11 orang menerima Darjah Kelas Kedua, Darjah Kebesaran  Datuk Paduka Mahkota Selangor (DPMS) yang membawa gelaran Datuk.

   

 Mereka ialah Panglima Angkatan Bersama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Leftenan Jeneral Datuk Abu Bakar Md Said; Panglima 3 Briged Markas Tentera Darat Brigedier Jeneral Mohd Nazir Mami;  Panglima Bantuan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Pertama Abdul Aziz Md Sani; Naib Canselor Universiti Putra Malaysia(UPM), Prof Datuk Dr Mohd Fauzi Ramlan.

Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Pengajian Tinggi Datin Ir Dr Siti Hamisah Tapsir; Anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Dr Soh Chee Seng;  Pegawai Daerah Sepang Haris Kasim; Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Berhad, Tan Sri Bashir Ahmad Abdul Majid dan Ketua Pegawai Operasi Sime Darby Berhad, Datuk Abdul Wahab Maskan.  

Dua pengamal media yang turut mendapat D.P.M.S ialah Pengerusi dan Pengarah Urusan Kumpulan Penerbit Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub dan  Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad Datuk Abdul Aziz Ishak.

Seramai 13 orang menerima Darjah Kelas Kedua, Darjah Kebesaran Datuk Sultan Sharafuddin Idris Shah (DSIS) yang juga membawa gelaran Datuk.

Mereka ialah Asisten Ketua Staf Logistik, Markas Tentera Darat Brigedier Jeneral Abdul Khalid Hamzah; Asisten Ketua Staf Sumber Manusia TLDM Laksamana Pertama Sabri Zali;  Dekan Fakulti Sains dan Teknologi Makanan UPM, Prof Dr Mohd  Yazid Abd Manap; Profesor Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Dr Jawiah Dakir; penulis buku Prof Dr Cheah Jin Seng; Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia Mohd Naim Daruwish; Pengarah Jabatan Pendidikan Selangor, Mahmud Karim.

Pengurus Besar Kumpulan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor Ali Ahmad; Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak  Selangor S. Anthonysamy; Timbalan Presiden Bola Sepak Selangor Mazlan Harun; Anggota Lembaga Pemegang Amanah Lembaga Zakat Selangor Norazharuddin Abu Talib; Doktor pakar pergigian Dr Geoffrey S.A. Chung dan Pengerusi Eksekutif PricewaterhouseCoopers Malaysia,  Mohammad Faiz Mohammad Azmi.

Seramai 13 orang menerima Darjah Kebesaran Setia Mahkota Selangor (SMS) iaitu Pengarah Kanan Kejuruteraan TLDM Laksamana Pertama Ir Hairutdin Ayob; Kolonel Inspektorat Bahagian Perkhidmatan Kesihatan Markas Angkatan Tentera Malaysia Kolonel Zulkifli Zainal Abidin;  Pegawai Memerintah Hospital Angkatan Tentera Wilayah Kota Kinabalu Kolonel Khairuddin Husain.

Pengarah Operasi Khas TLDM Kapten Anuar Alias; Pengarah Pusat Hidografi dan Oseanografi Pusat Hidrografi Nasional Pangkalan TLDM  Pulau Indah Kapten Zaharuddin Mohd Maideen; Komander Pangkalan Udara  Kuching TUDM Kolonel Jumali Selamat; Ketua Staf Tim Pemerhati Antarabangsa Mindanao TUDM, Kolonel Muhamad Shafiq Jahudi.

Pengerusi Puspanita Jabatan Audit Negara, Puan Sri Hajah Hindon  Yusoff; Penasihat Undang-undang UPM Prof Madya Dr Rozanah Ab Rahman;  Timbalan Pendaftar Kanan Pejabat Timbalan Naib Canselor UPM, Hashim Md Shari dan Pengarah Bahagian Meteorologi Radar Jabatan Meteorologi Malaysia, A Kamiluddin Ibrahim.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed dan Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ab Rashid Ab Wahab turut menerima SMS.  

Sementara itu, dua pengamal media adalah antara 15 penerima  Darjah Kebesaran Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (SIS) iaitu Penolong Pengarang Utusan Malaysia, Zulkefli Hamzah dan Penerbit  Eksekutif Kanan TV3, Azmi Atan.

Selain itu, editor meja berita Star Publications (M) Bhd, Loong  Meng Yee adalah antara 18 penerima Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (AMS).  Seramai 19 orang termasuk Imam Masjid Negeri Sultan Salahuddin  Abdul Aziz Shah, Al-Fadhil Ustaz Abdulkarim Maaseng menerima Darjah Kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah (AIS) dan tujuh orang  menerima Bintang Perkhidmatan

Cemerlang (BPC).

- Bernama

ADS