Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tindakan tegas, termasuk saman kontraktor Hospital Serdang
Diterbitkan:  Dec 13, 2013 5:18 PM
Dikemaskini: 9:23 AM

Kementerian Kesihatan akan mengambil tindakan tegas, termasuk memfailkan saman terhadap kontraktor Hospital Serdang berikutan kejadian runtuhan siling di hospital itu, kata menterinya Datuk Seri Dr S Subramaniam.

NONE"Kementerian tidak menyembunyikan isu ini. Kontraktorlah yang bertanggungjawab terhadap bangunan itu.

"Kami akan ambil langkah sewajarnya... sama ada mereka bertanggungjawab bagi kejadian itu atau tidak, bergantung pada laporan yang kami terima daripada Jabatan Kerja Raya," beliau dipetik sebagai berkata oleh Bernama semalam.

Agensi berita nasional juga melaporkan beliau sebagai berkata, kementerian membuat pemantauan rapi terhadap hospital itu.

Antaranya, kata Subramaniam, silingnya diperiksa setiap hari bagi mengesan kewujudan "unsur bahaya" dan memperbaikinya dengan segera.

Menurutnya lagi, Kementerian Kesihatan juga memperuntukkan RM30 juta bagi kerja menyenggara dan membaiki hospital berkenaan.

"Kami sudah mengenal pasti dua perkara penting iaitu penyokong siling dan isu pemeluapan yang berpunca daripada sistem penyaman udara.

"Kami sudah memulakan kerja untuk menguatkan lagi sesetengah bahagian dan sedang cuba menghalang berlaku pemeluapan," beliau dipetik sebagai berkata.

ADS