Ketua Menteri Pulau Pinang menafikan bahawa timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dilantik sebagai pesuruhajaya PAS negeri tersebut ekoran hubungan baik antara mereka berdua.

Mohamad diketahui mempunyai hubungan baik dengan setiausaha agung DAP sejak kedua-duanya ditahan bawah ISA pada 1987.

Lim berkata beliau menghormati kepimpinan pusat PAS yang melantik Mohamad ke jawatan tersebut, namun berpendapat bahawa hubungan baik tersebut bukanlah satu kriteria pelantikan berkenaan.

Katanya, beliau juga mempunyai hubungan baik dengan bekas pesuruhjaya sebelum itu, Datuk Salleh Man, yang menamatkan khidmat selama lapan tahun di jawatan tersebut.

Salleh yang merupakan satu-satunya ADUN PAS di negeri itu mewakili kerusi berkenaan untuk penggal kedua kali ini.

"Saya ada hubungan baik dengan Salleh. Dia juga kata dia ada hubungan baik dengan saya.

"Jadi saya tak fikir (hubungan baik) itu satu kriteria. Ia keputusan dari PAS dan sama ada Salleh atau Mat Sabu, kami kenali kedua-duanya dan kami akan terusnya kerjasama kami,” katanya kepada pemberita hari ini.

Lim berkata keadaan itu bukannya seperti yang digambarkan “sesetengah pihak”, kerana PAS mempunyai alasan sendiri untuk menggantikan Salleh dengan Mohamad,” katanya.

[Baca berita penuh]