Sekumpulan pegawai media Iraq yang berada di negara ini bagi mengikuti kursus penulisan berita, dibawa melawat ibu pejabat Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di Kuala Lumpur.
Pengarah Pejabat Penerangan dan Jurucakap Kementerian Tenaga Elektrik Iraq Musaab Sirry Al-Mudarrs adalah antara 31 pegawai media terbabit.
Mereka yang berada di negara ini sejak 17 Dis dijadual menamatkan kursus selama 10 hari di sebuah institut latihan swasta itu esok, dan lawatan ke Bernama merupakan sebahagian daripada kursus berkenaan.
Dalam lawatan ke Bernama itu, rombongan tersebut dibawa melawat Non-Aligned Movement News Network (NNN) serta pelbagai jabatan lain termasuk pusat operasi saluran berita tv 24 jam Bernama TV dan stesen radio Bernama Radio 24.
- Bernama
