PKR dakwa Raja Ropiaah diberi wang percuma
Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli mendakwa pemimpin Wanita Umno Raja Ropiaah Raja Abdullah diberikan wang percuma sebanyak RM13 juta ekoran kontrak yang “batal dan tidak sah” untuk membina pusat pendidikan pertahanan Puspahanas dan urusniaga tanah yang ditandatangani dengan kerajaan.
Rafizi dalam sidang medianya hari ini mendakwa, kontrak yang menetapkan tanggungjawab yang syarikat Raja Ropiaah, Awan Megah Sdn Bhd untuk membina Puspahanas telah lama luput, dan menyebabkan kontrak tersebut tidak lagi sah.
Beliau berkata syarikat tersebut gagal menyediakan bon tanah yang baru untuk projek tersebut, seperti yang ditetapkan dalam perjanjian.
“Secara asasnya, beliau mendapat wang percua dari projek tersebut ketika projek itu masih berjalan, jad (turut mendapat) wang.
“Dan jangan lupa, dia masih memiliki 223 ekar tanah di Bukit Raja,” kata Rafizi dalam sidang media di ibu pejabat PKR itu.
Sejumlah RM13 juta itu merupakan wang cengkeram yang dibayar oleh kerajaan kepada Awan Megah untuk memulakan projek berkenaan.

