Peguam kanan Karpal Singh menggesa Mahkamah Tinggi bersidang dengan sepenuh anggota bagi mendengar rayuan mingguan Katolik The Herald untuk memastikan kes tersebut dimuktamadkan.

“Mahkamah Persekutuan perlu terdiri dari sepenuh anggota untuk memutuskan soal penggunaan kalimah 'Allah' untuk mencapai penyelesaian muktamad,” katanya.

Mahkamah penuh anggota boleh terdiri dari 13 hakim, yang lebih berwibawa berbanding tiga anggota panel dan sesi seperti itu boleh memastikan kontroversi tersebut dimuktamadkan.

Sehingga kini, Mahkamah Persekutan tidak pernah bersidang dengan sepenuh anggota, dengan kuorum paling ramai melibatkan tujuh hakim semasa kes melibatkan Arulpragasam.

Mahkamah Rayuan pada Oktober lalu menghalang mingguan Katolik tersebut dari menggunakan kalimah 'Allah' dalam penerbitan bahasa Melayunya.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum itu memutuskan tindakan Kementerian Dalam Negeri mengharamkan penggunaan kalimah tersebut dalam The Herald sebagai tidak sah.

[Baca berita penuh]