Jawatankuasa Bertindak Kuala Lumpur Tak Nak Insinerator (KTI) menolak rancangan kerajaan membawa penduduk Taman Beringin ke luar negara untuk melawat insinerator di tempat lain.

Pengerusinya Isaiah Jacob berkata, wang pembayar cukai yang terlibat lebih baik dibelanjakan bagi menghantar semua anggota Parlimen, Datuk Bandar Kuala Lumpur dan pegawai Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara untuk melawat tapak pelupusan Bukit Tagar.

“Ia tak berapa jauh. Dari Kuala Lumpur ke sana kira-kira 50 kilometer dan kurang sejam perjalanan.

“Kenapa tidak mereka ke Bukit Tagar dan lihat bagaimana operasi di sana. Ini akan membantu kerajaan Malaysia menggunakan apa yang sudah ada,” katanya dalam sidang media hari ini.

Isaiah juga mempersoalkan langkah kerajaan mahu mahukan projek insinerator di Taman Beringin, Kepong, daripada meneroka strategi pengurusan sisa seperti loji  anaerobic digestion .

Sinchew Daily  pada Khamis melaporkan, kerajaan akan membawa lima hingga 10 penduduk Taman Beringin untuk melawat insinerator di luar negara dan memberi jaminan kepada mereka tentang keselamatannya.

[Baca berita penuh]