Isu Altantuya: Tentera tarik balik saman Petra
Diterbitkan: Jan 13, 2014 1:00 PM | Dikemas kini: Jan 13, 2014 1:13 PM
Leftenan Kolonel Abdul Aziz Buyong dan isterinya Lieutenant-Colonel Norhayati Hassan hari ini menarik balik saman RM2 juta terhadap penulis blog Raja Petra Kamaruddin.
Penarikan itu direkodkan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Su Geok Yiam.
J Chandra, peguam Raja Petra, ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.
Katanya, syarat-syarat yang dipersetujui bersama – tetapi tidak didedahkan – turut direkodkan.
Kedua-dua pasangan itu pada 2008 memfailkan saman terhadap Raja Petra ekoran dakwaan penglibatan mereka dalam kes pembunuhan warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu.
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.