Mayat dalam parit diklasifikasi mati mengejut
Diterbitkan: Jan 15, 2014 11:20 AM | Dikemas kini: Jan 15, 2014 11:31 AM
Polis setakat ini mengklasifikasi kematian seorang pelajar wanita yang mayatnya ditemui terapung dalam parit di kampus Universiti Malaysia Sarawak di Kota Samarahan di Kuching petang semalam sebagai kematian mengejut.
Ketua Polis Samarahan DSP Lee Chong Chern berkata sebab kematian itu masih tidak dapat dipastikan oleh kerana mayat itu hampir reput bila ditemui pada jam 6 petang.
Katanya, mayat itu telah dihantar ke Hospital Besar Sarawak di sini untuk bedah siasat.
- Bernama

