Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PSM persoal peranan MB T'ganu ke Antartika
Diterbitkan:  Jan 17, 2014 4:57 PM
Dikemaskini: 9:01 AM

Pemuda Parti Sosialis Malaysia (PSM) mempersoalkan peranan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said dalam mengetuai delegasi Malaysia ke Antartika.

Ketua Pemuda PSM Edwin Michael berkata Terengganu berdepan dengan pelbagai isu alam sekitar, seperti hakisan pantai dari Besut hingga ke Kemaman dan pembalakan haram.

Selain itu, katanya, rakyat Malaysia berdepan dengan peningkatan kos

sara hidup dan hutang negara, sedangkan manfaat daripada lawatannya nampaknya "meragukan" .

"Pemuda PSM tidak menentang misi penyelidikan ini, tetapi ia perlu ada justifikasi yang jelas dan tidak digunakan oleh ahli politik untuk pergi bercuti atas perbelanjaan pembayar cukai," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Michael juga mempersoalkan mengapa menteri besar yangmengetuai delegasi tersebut, bukannya menteri sains, teknologi dan alam sekitar.

Menurut laporan Bernama semalam, Ahmad akan mengetuai delegasi untuk rangka lawatan selama 15 hari ke Antartika mulai esok untuk membuka laluan kepada penubuhan sebuah stesen penyelidikan.

Ia adalah untuk menjalankan penyelidikan bersama dengan Chilean Antartic Institute (Instituto Antártico Chileno atau INACH) mengenai perubahan iklim.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS