Sultan Johor menang bida plat W1N RM748,000
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mendapat pendaftaran kenderaan nombor W1N pada harga RM784,000 menerusi bidaan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), lapor Berita Harian.
Baginda bertitah, walaupun harganya tinggi kerana ada pembidaan, wang yang dibayar bakal digunakan oleh kerajaan untuk manfaat rakyat.
"Jumlah ini digunakan untuk pembangunan yang bakal diterima rakyat," titah baginda dalam laporan tersebut yang memetik temubual baginda dengan NST yang disiarkan hari ini.
Dalam temubual itu, baginda dilaporkan berkata wang yang dibelanjakan tersebut akhirnya akan dikembalikan kepada rakyat.
"Rakyat akan mendapat manfaat daripadanya. Jadi, jumlah yang dibayar adalah kecil berbanding dengan faedah yang rakyat akan terima," katanya dalam laporan itu.

