Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib.

    

Harun meninggal dunia akibat serangan jantung tengah malam tadi.

    

"Takziah kepada keluarga Datuk Harun Taib, Ketua Dewan Ulama PAS yang telah meninggalkan kita. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Al-Fatihah," kata Najib dalam entri twitter beliau.

    

Harun, 70, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah di Terengganu kira-kira 12.10 tengah malam.

    

Bekas ADUN Manir itu dilaporkan tidak sedarkan diri sebelum dimasukkan ke hospital berkenaan pada Jumaat.

    

Harun merupakan antara tokoh utama PAS yang lantang menentang penggunaan kalimah Allah di kalangan penganut bukan Islam.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS