Penggantungan The Heat ditarik balik
Kerajaan akhirnya menarik balik penggantungan mingguan The Heat selepas lebih sebulan digantung ekoran isu berkaitan permit penerbitan.
Malaysiakini difahamkan bahawa penarikan balik itu sudah dimaklumkan secara hitam putih kepada akhbar itu.
The Heat difahamkan sedang menyiapkan kenyataan akhbar berkaitan perkara itu, yang dijangka dikeluarkan dalam masa terdekat.
Penggantungan akhbar itu sebelum ini menimbulkan kemarahan pelbagai pihak termasuk pengamal media ( kanan ).
Dipimpin perkumpulan longgar dinamakan Gerakan Media Marah (GERAMM), mereka mengadakan demonstrasi "Pensel Merah” di ibu negara pada 4 Januari lalu.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagaimanapun menafikan penyiaran rencana itu menjadi puncanya dan memberikan alasan "pelanggaran peruntukan permit penerbitan".

