Menghadapi kemungkinan diboikot Pemuda PAS, PKR masih mendapat sokongan DAP, rakan lain dalam Pakatan Rakyat, untuk berdepan BN dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

“Sebagai rakan gabungan sama dalam Pakatan, DAP Selangor akan membantu dan menyokong PKR bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya kecil, tidak akan mengabaikan atau lebih teruk lagi mengkhianati mereka ketika diperlukan.

“Seperti kata pepatah, berat sama dipikul ringan sama dijinjing,” kata pengerusi DAP Selangor Tony Pua dalam kenyataannya hari ini.

Sokongan “tidak bersyarat” itu dibuat selepas Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendakwa tidak tahu menahu dengan langkah mengosongkan kerusi itu bagi memberi laluan kepada sebuah pilihan raya kecil.

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sebelum ini menjelaskan pengosongan DUN itu sebagai langkah taktikal bawa membina momentum kepada pilihan raya Sarawak dan pilihan raya umum akan datang.

[Baca berita penuh]