NGO mahu perbandaran baru usahawan Melayu
Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) menyokong keputusan Majlis Amanah Rakyat (MARA) membina perbandaran baharu bagi menempatkan majoriti usahawan dan komuniti Melayu di Subang, Selangor.
Presiden POKB Datuk Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad (
kanan
) berkata, cadangan itu dapat memastikan kepentingan perdagangan dan perniagaan bumiputera diperkasa, terutama di negeri Selangor yang menjadi nadi ekonomi negara, lapor
Utusan Malaysia
.
Beliau yang juga timbalan presiden Persatuan Pengilang dan Usahawan MARA yakin, pembinaan Malaysia Institut of Aviation (MIAT) di situ akan memberi nilai tambah dan mewujudkan peluang pembelajaran anak-anak Melayu.
“Kami juga bersedia menjadi jambatan antara MARA dengan kerajaan negeri Kelantan bagi memastikan program bandar Melayu dapat direalisasikan di negeri ini demi masa depan anak-anak Melayu dan bumiputera.
“POKB juga yakin kawasan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa boleh dijadikan bandar kembar dengan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang," katanya.

