Selepas mencuri perhatian orang ramai dengan memuji Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali kini berkata pujian beliau itu dipetik di luar konteks.

Azmin berkata pujiannya kepada Anwar bahawa "orang Kajang harus bersyukur pemimpin dunia turun ke sini berjuang" tidak bermaksud untuk merendahkan status ketua pembangkang dengan bertanding di DUN Kajang.

"Saya tidak berkata begitu dalam konteks sedemikian, fakta itu diputar beberapa media," katanya seperti dilapor The Star hari ini.

Minggu lalu, Azmin memuji Anwar dan berkata penduduk Kajang perlu "bersyukur" bahawa seorang "pemimpin dunia" turun bertanding di kawasan mereka.

"Dia (Anwar) bukan hanya diperlukan di Malaysia sahaja tetapi dia pemimpin dunia. Negara Islam di Timur Tengah sana pun memerlukan Anwar.

 

"Jadi orang Kajang harus bersyukur pemimpin dunia turun ke sini berjuang," katanya seperti dilaporkan minggu lalu.

[Baca berita penuh]