Tadmax Resources Bhd mempertahankan jualan RM317 juta tanah di Pulau Indah kepada 1Malaysia Development Board (1MDB) sebagai harga berpatutan dan bukan penyelamatan syarikat rugi seperti didakwa DAP.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tadmax Faizal Abdullah sekaligus menolak dakwaan anggota Parlimen DAP Tony Pua bahawa 1MDB membayar harga tinggi bagi tanah di Klang itu.

“Saya sungguh terkejut, dan saya bukan sarkastik di sini, Tony Pua – dia ada ijazah dalam bidang ekonomi dari (Universiti) Oxford – tetapi masih tidak tahu perkara ini.

“Bila kita bercakap tentang harta tanah bawah 'stok dan inventori' kita tidak buat penilaian. Kita buat berdasarkan historical cost ,"  kata Faizal kepada Malaysiakini .

Web DAP Roketkini semalam melaporkan Pua mempertikai pengambilalihan tanah oleh 1MDB yang hargannya didakwa tidak masuk akal.

Katanya, tanah kosong yang sama dibeli dengan harga RM23.50 perkaki persegi (psf) bernilai hanya RM9.93psf pada Ogos 2011 (RM163.9 juta untuk 379 ekar).

Ia kemudian, menurut Pua, meningkat 136.7 peratus dalam tempoh kurang daripada dua setengah tahun.

[Baca berita penuh]