Catuan air: 2.2 juta rakyat di Lembah Kelang terlibat
Seramai 2.2 juta pengguna lagi di Lembah Kelang bakal berdepan dengan catuan air bermula 2 Mac depan susulan penyusutan paras air di empangan.
Pengarah Eksekutif bahagian operasi Syabas Yusof Saroji berkata situasi berkenaan memberi kesan kepda 260 kawasan di enam kawasan iaitu Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor and Hulu Selangor.
Bercakap dalam sidang medianya di Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Putrajaya kawasan itu melibatkan 358,342 akaun atau 431,617 isi rumah yang mana ia menghampiri 2.2 juta rakyat di Lembah Kelang.
Syabas hari ini mendedahkan plan catuan air kali kedua dalam satu sidang akhbar bersama SPAN dan kerajaan negeri Selangor.
Catuan terkini itu ekoran arahan kerajaan negeri itu untuk mengurangkan bekalan air mentah dari Sungai Selangor dan empangan Klang Gates apabila parasnya jatuh lebih rendah atau hampir separuh daripada takungan.

