NGO pertikai kemenangan Malaysiakini
Satu gabungan NGO mempersoalkan kemenangan yang diraih Malaysiakini menerusi kategori media atas talian dalam Anugerah Media Sosial dan Penulis Blog Sedunia 2014 pada 27 Febuari lalu.
Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) Abdul Rani Kulup Abdullah pendapat Malaysiakini tidak layak menerima anugerah itu kerana tidak menepati ciri-ciri media cemerlang maka tidak layak dipilih penerima hadiah itu, lapor Utusan Malaysia .
"Media yang baik adalah mereka yang melaporkan dengan telus, tidak memutarbelitkan fakta dan tidak sewenang-wenangnya memainkan isu perkauman untuk tujuan mengkucar-kacirkan.
"Kemenangan Malaysiakini harus dipertikai kerana kredibilitinya sebagai media yang baik masih boleh dipersoalkan," katanya seperti dilapor akhbar itu.
Manakala Presiden Pertubuhan Gerakan Bersatu 69 (PGB69) Abd Samad Abdullah Sany pula berkata pengiktirafan yang mengangkat Malaysiakini sebagai media cemerlang itu, didakwa tidak wajar kerana tidak mencerminkan media yang beretika.
"Mereka ( Malaysiakini ) merupakan media yang tidak matang dan bioleh dianggap 'setahun jagung' dalam industri kewartawanan," katanya.

