Zahid: Bantahan Rafizi hanya isu dalaman PKR
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, bantahan yang disuarakan oleh pengarah strategi PKR Rafizi Ramli berhubung memorandum persefahaman (MOU) mengenai penstrukturan semula aset air di Selangor hanyalah masalah dalaman PKR.
Katanya, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim telahpun bertindak sebaiknya untuk negeri itu dengan menandatangani MOU tersebut, yang disifatkan Rafizi sebagai perjanjian “tidak telus”.
"Menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dah lakukan terbaik untuk kepentingan Selangor dalam MOU ini.
"Mereka (Rafizi dan PKR) patut bincang hal ini dalam parti. Kalau Rafizi ada masalah, ia antara dia dan pimpinan PKR," kata beliau.
Rafizi dalam satu sidang media semalam mendedahkan satu dokumen didakwa sebagai draf perjanjian persefahaman antara kerajaan negeri dan persekutuan yang dimaterai minggu lalu.
Beliau turut memberi amaran bahawa penstrukturan semula aset air Selangor melalui akan menyebabkan pengguna menanggung kos lebih tinggi dan meningkatkan tarif air.
[Berita penuh menyusul]

