Kesemua anggota Parlimen patut menerangkan faedah dan mekanisme cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kepada orang ramai di peringkat bawah, titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini.

Dalam ucapan pembukaan Parlimen sesi 2014 hari ini, Seri Paduka berkata, mereka patut menjelaskan bahawa GST bukan cukai tambahan sebaliknya pengganti kepada cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Baginda juga memuji usaha kerajaan bagi terus memacu perkembangan ekonomi negara.

Tuanku Abdul Halim Mu'adzam juga berkata, terdapat keperluan untuk kerajaan menghapuskan pukal dan mula melaksanakan subsidi kepada kumpulan sasaran.

[Baca berita penuh]