Pelabuhan Klang masih mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) di paras berbahaya dengan bacaan 317 setakat 5 petang ini.

    

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan Banting turut berada di paras sangat tidak sihat dengan mencatat bacaan IPU 226, lapor Bernama .

    

Sementara itu, 12 kawasan mencatat IPU tidak sihat iaitu Bandaraya Melaka (113), Bukit Rambai (120), Nilai (138), Port Dickson (146), Seremban (130), Tanjung Malim (110), Kuala Selangor (119), Petaling Jaya (174), Shah Alam (162), Batu Muda (149), Cheras (128), dan Putrajaya (140).

    

Sejumlah 18 kawasan mencatat IPU sederhana manakala 18 lagi berada di paras baik.

        

Bacaan IPU yang baik berada antara 0-50, sederhana pada 51-100, tidak sihat (100-200), sangat tidak sihat (200-300) dan berbahaya (lebih 300).

    

Orang ramai boleh menyemak status IPU dengan melayari portal http://apims.doe.gov.my.

Pagi tadi, IPU Pelabuhan Klang mencatatkan bacaan di paras 352 pada jam 7 pagi, manakala IPU di Banting ialah 316.

Manakala 13 tempat lagi, kebanyakannya di pantai barat Semenanjung, telah diklasifikasikan sebagai tidak sihat pada jam 6 pagi ini.

Semalam, Pelabuhan Klang mencatatkan tahap yang sangat tidak sihat, menyebabkan pegawai pendidikan negeri mengarahkan sekolah di daerah itu ditutup hari ini.

Sementara itu, Bernama melaporkan Sementara 18 kawasan lain mencatat IPU sederhana dan 18 lagi mencatat bacaan IPU baik.

Bacaan IPU yang baik berada antara 0-50, sederhana pada 51-100, tidak sihat (100-200), sangat tidak sihat (200-300) dan berbahaya (lebih 300).

Orang ramai boleh menyemak status IPU di kawasan masing-masing dengan melayari portal http://apims.doe.gov.my.