Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kajian Unisel: Majoriti pengundi tak sokong Chew

Hanya 34.2 peratus daripada pengundi Kajang memberikan pujian untuk calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun, berdasarkan kaji selidik yang dijalankan oleh Universiti Selangor (Unisel).

Dalam sidang medianya di kampus Shah Alam hari ini, Pensyarah kanan Unisel Muhammad Shamshinor Abdul Azzis membentangkan hasil kajiselidik bahawa Presiden PKR merangkap calon PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mendapat sokongan 62.4 peratus pengundi ditemubual.

Sebanyak 394 pengundi telah ditemuramah dalam kajian selama seminggu itu.

Muhammad Shamshinor bagaimanapun mendedahkan kira-kira 10 peratus responden menyatakan keengganan mereka untuk mengundi, dan ia menjadi penghalang sasaran PKR untuk menang dengan majoriti 7,000. [Baca berita penuh]

Sementara itu, tinjauan pendapat di Kajang oleh Unisel menunjukkan 63 peratus daripada responden berasa tidak ada keperluan untuk menukar menteri besar di Selangor.

Unisel dimiliki oleh kerajaan Selangor.

Muhammad Shamshinor berkata daripada 394 pengundi yang ditinjau, hanya 37 peratus mahu Tan Sri Khalid Ibrahim diganti.

Shamshinor berkata sebanyak 69.1 peratus responden berpendapat bahawa Khalid adalah "pemimpin yang baik", manakala Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat 66.2 peratus. [Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS