Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Percanggahan laporan Indonesia 'tiada masalah'
Diterbitkan:  Apr 1, 2014 10:52 AM
Dikemaskini: 2:55 AM

Indonesia mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan pemangku menteri pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa waris keluarga MH370 tiada masalah dengan maklumat yang dikeluarkan Malaysia.

Hishammuddin mengeluarkan kenyataan itu selepas bertemu deligasi Indonesia semalam.

Bagaimanapun, wakil khas Indonesia Wiwiek Setyawati Firman berkata, dalam pertemuan semalam, republik itu secara khusus meminta Malaysia mempertingkat maklumat kepada keluarga dari negara itu, lapor Tempo .

"Antara hal yang kita sampaikan kepada pemerintah Malaysia tadi adalah permintaan dari pihak keluarga agar mereka mendapat informasi yang lebih jelas dan berkala," Wiwiek dipetik sebagai berkata.

"Selama ini memang Malaysia sudah memberi informasi kepada keluarga, namun mereka mengharap informasi yang paling terkini.”

Indonesia juga berharap Malaysia tidak menghentikan usaha mencari dan menyelamat sehingga pesawat Malaysia Airlines (MAS) itu ditemui.

Semalam, menjawab kritikan China, Hishammuddin berkata, Indonesia tidak mempunyai masalah dengan maklumat yang disampaikan Malaysia.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS