Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Tiada luar biasa dari komunikasi akhir MH370'
Diterbitkan:  Apr 1, 2014 6:24 PM
Dikemaskini: 10:40 AM

Selepas 25 hari, pihak berkuasa Malaysia akhirnya hari ini mengeluarkan transkrip komunikasi terakhir pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dengan pengawal trafik udara.

Pemangku menteri pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein ( lihat gambar, paling kanan ) berkata, tiada apa yang luar biasa daripada transkrip itu.

“Tiada tanda-tanda apa yang tidak normal dalam transkrip itu.

"Transkrip itu sebelumnya tidak didedahkan kerana menjadi sebahagian daripada siasatan polis,” katanya.

Dalam kenyataan hari ini, Hishammuddin juga berkata, dokumen itu turut didedahkan kepada anggota keluarga.

Baca salinan transkrip itu di sini .

[Baca berita penuh]

ADS