Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PM syak kes culik untuk jejas M'sia-China
Diterbitkan:  Apr 3, 2014 2:00 PM
Dikemaskini: 10:21 AM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengutuk kejadian penculikan di Semporna malam tadi yang menurutnya mungkin didalangi pihak tertentu yang cuba mengeruhkan hubungan Malaysia dan China.

Laporan Bernama yang disiarkan dalam tulisan di Twitter menyebut, Najib tidak menolak kemungkinan itu.

“Kerajaan tidak tolak kemungkinan kes penculikan di Semporna perbuatan pihak tertentu untuk keruhkan hubungan Malaysia-China - PM Najib Razak,” tulisan itu dipetik.

Kenyataan itu timbul ketika kerajaan Malaysia menghadapi kritikan meluas dari selebriti dan warga China yang menyatakan kemarahan ke atas tindakan Malaysia menangani kes kehilangan pesawat MH370.

Salah seorang daripada individu yang dilarikan sekumpulan lelaki bersenjata kejadian pada malam tadi itu merupakan seorang pelancong China.

Seorang lagi merupakan pekerja resort berkenaan, seorang wanita.

[Berita penuh menyusul]

ADS