Jawapan bagi persoalan yang benar-benar dimahukan penumpang MH370 mungkin hanya akan terdedah di parlimen jika mereka menyaman atas alasan tekanan perasaan.

Seorang peguam mendakwa, kerajaan Malaysia melanggar tanggungjawabnya bawah undang-undang antarabangsa dalam komunikasi berhubung krisis itu.

Peguam penerba ngan Australia Joseph Wheeler ( kiri ) juga berkata, kaedah pengurusan tragedi itu oleh Malaysia Airlines (MAS) boleh mendedahkan mereka kepada liabiliti.

Ini ekoran keluarga penumpang mula mempertimbangkan legal avenue selain isu pampasan.

“Satu-satunya cara untuk keluarga mendapatkan jawapan dengan pergi ke mahkamah, dan gunakan prosedur forensik untuk mendapatkannya,” kata Wheeler kepada Malaysiakini .

“Laporan siasatan rasmi sahaja tidak boleh digunakan di mahkamah, tetapi ada banyak maklumat sekitar (dokumen) itu yang membentuk kita mengukuhkan kes – dokumen dan maklumat lain yang boleh didedahkan.”

Bawah undang-undang antarabangsa – Konvensyen Chicago – laporan siasatan kemalangan hanya boleh digunakan untuk pencegahan insiden akan datang dan bukan untuk meletakkan kesalahan terhadap mana-mana pihak.

[Baca berita penuh]