Sebuah kapal tangki karam berhampiran Samut Sakhon di Bangkok menyebabkan tumpahan minyak kotor merebak di kawasan sekitar Teluk Maha Chai.

Laporan Thai News Agency , yang dipetik dalam laporan Bernama menyebut tumpahan dari kapal dianggarkan membawa 30,000 hingga 60,000 minyak buangan berkenaan sudahpun menjejaskan nelayan tempatan.

Pihak berkuasa dilaporkan menjalankan operasi menyembur bahan penyerak untuk membersihkan kawasan tersebut.

Menurut laporan berkenaan, kapal tersebut karam pada kedudukan kira-kira tiga hingga empat kilometer dari pantai Pak Klong Pramong.

Seorang jurucakap pihak berkuasa marin tempatan Surachai Burapanontachai berkata kapal itu karam semasa menuju ke sebuah pelabuhan di perairan Maha Chai.

Menurut laporan, minyak kotor berkenaan sebelum ini dipindahkan dari sebuah kapal lebih besar dan sepatutnya dipindah ke pusat kitar semula di Bangkok dan Saraburi.