Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PM: Ambil lebih ramai pekerja wanita, bumiputera

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa para majikan menumpukan agenda korporat inklusif untuk membantu Malaysia mencapai status negara membangun menjelang 2020.

Berucap kepada para pemimpin 50 syarikat senaraian awam utama hari ini, Najib berkata syarikat tersebut perlu mengambil kira jantina, umur dan kepelbagaian etnik di kalangan kakitangan.

“Kita memperjuangan keterangkuman bukan hanya kerana ia asas kepada kestabilan politik dan pertumbuhan ekonomi tetapi kerana ia perkara benar,” kata Najib dalam satu forum di Suruhanjaya Sekuriti di Kuala Lumpur.

Antara usaha bawah Model Baru Ekonomi adalah langkah untuk mengarahkan syarikat menubuhkan dan mendedahkan dasar kepelbagaian mereka.

"Secara global, syarikat yang berbuat demikian berjaya menarik dan mengekalkan pelaburan dari pelbagai sumber,” katnya dalam forum anjuran Unit Perancang Ekonomi itu.

Acara berkenaan dipromosi sebagai dialog dengan pemimpin 50 syarikat utama yang tersenarai di Bursa Malaysia namun wartawan hanya dibenarkan membuat liputan ke atas ucapan Najib sebelum diminita keluar dari dewan.

Dalam ucapannya selama 20 minit itu, Najib memetik satu tinjauan Talent Corp yang menyatakan prestasi Malaysia tidak begitu teruk dari segi kepelbagaian di tempat kerja.

Beliau berkata 38 peratus dari tenaga keraja di negara ini terdiri dari wanita, 67 peratus berusia 40 tahun ke bawah dan 66 peratus dari golongan bumiputera.

[Baca berita penuh]

ADS