Catuan air S'gor dijangka tamat minggu depan
Diterbitkan: Apr 25, 2014 1:32 PM | Dikemas kini: Apr 25, 2014 3:38 PM
Menteri besar Selangor dijangka menarik balik catuan air negeri dan Kuala Lumpur minggu depan jika usaha mengepam air lombong ke empangan membuahkan hasil.
Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, beliau akan mengisytiharkan perkara itu jika langkah terbaru kerajaan negeri itu berjaya.
Setakat hari ini, lapan pam berjaya menyalurkan 400 juta liter air sehari (MLD) daripada pelbagai sumber alternatif bagi menampung kekeringan Empangan Sungai Selangor.
Empangan di Kuala Kubu Bharu yang terbesar di Selangor itu membekalkan 60 peratus air di Lembah Klang.
Dalam sidang media di Klang hari ini, Khalid berharap dapat menambah jumlah air dipam daripada 700MLD ke 900MLD sebelum catuan ditamatkan.
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.