Malaysiakini menang lagi anugerah jenama media
Malaysiakini sekali lagi diiktiraf antara jenama terkemuka di negara ini dalam Anugerah Jenama Putra ke-5 yang disampaikan malam ini.
Menjelang sambutan ke-15 tahun Malaysiakini pada November ini, portal ini memenangi gangsa dalam kategori “Media dan Hiburan”.
Portal berita bebas itu pernah memenangi pingat sama kali pertama pada 2010.
Ia disampaikan kepada CEO Malaysiakini Premesh Chandran ( kiri ) di sebuah hotel di Damansara, dekat Kuala Lumpur sebentar tadi.
Anugerah Jenama Putra diberi berdasarkan tinjauan lapangan melibatkan 6,000 orang.
Malaysiakini mengucapkan terima kasih kepada pelbagai pihak, termasuk orang awam, pembaca dan penaja korporat atas penghargaan itu.
“Produk boleh ditiru, tetapi jenama adalah unik. Dan Malaysiakini akan terus memantapkan jenama ini di masa-masa akan datang,” kata Premesh.

