Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jepun tarik diri dari pencarian MH370
Diterbitkan:  Apr 29, 2014 3:12 AM
Dikemaskini: 3:14 AM

Menteri Pertahanan Jepun Itsunori Onodera pada Isnin mengumumkan kepada pasukan pencarian pesawat hilang MH370 negara itu bahawa misi mereka tamat setakat ini.

Ia berlaku selepas pencarian hampir dua bulan gagal mencari sebarang serpihan pesawat Malaysia Airlines (MAS) itu, lapor Kyodo .

Perdana Menteri Australian Tony Abbott pada Isnin berkata, pencarian akan segera memasuki fasa baru dengan “carian bawah laut dipergiat menggunakan teknologi berbeza” di kawasan lebih luas.

Pasukan Jepun dijadual pulang ke negara matahari terbit itu bersama pesawat P-3C mereka daripada pangkalan tentera udara Australia di Perth hari ini.

Pada pertengahan Mac, Onodera ( kanan ) mengeluarkan arahan itu sejajar dengan undang-undang pentadbiran bencana alam negeri itu.

Mereka terbang ke Perth dari Malaysia pada hujung Mac untuk menyertai usaha carian di Lautan Hindi.

Pesawat MH370 hilang daripada radar di Laut China Selatan ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac.

Usaha pencarian memasuki hari ke-53 hari ini.

ADS