BERITA

Hudud: Persatuan Buddha beri amaran pada Pakatan

Diterbitkan
Dikemaskini 30 Apr 2014, 10:21 malam

Kumpulan lapan persatuan penganut Buddha memberi amaran Pakatan Rakyat akan hilang undi di masa depan jika PAS membentangkan rang undang-undang (RUU) persendirian bagi membuka laluan kepada pelaksanaan hudud di Kelantan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan bersama Persatuan Pemuda Kristian Malaysia dan enam lagi kumpulan belia bukan berasaskan agama, mereka berkata, PAS patut menerima hakikat bahawa kepelbagaian kaum di negara ini tidak sesuai untuk pelaksanaan hudud.

Mereka juga mendesak dua lagi parti dalam Pakatan – DAP dan PKR – memberi tekanan kepada PAS untuk mengetepikan hasrat membawa rang undang-undang itu ke Parlimen.

“Jika rang undang-undang itu dibentang dan diluluskan di Parlimen, kesemua parti ini mesti bertanggungjawab dan akan ditinggalkan oleh orang ramai,” kata mereka.

Mereka juga menolak penjelasan PAS bahawa hudud hanya untuk bukan Islam, dengan membangkitkan kes melibatkan orang Islam dan bukan Islam serta konflik mahkamah syariah dan sivil.

Kata mereka, terdapat kes yang menyaksikan orang bukan Islam terpaksa patuh kepada undang-undang syariah seperti dalam kes pertukaran agama.

[Baca berita penuh]

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.