Kartina Dahari meninggal dunia akibat barah
Diterbitkan: Apr 30, 2014 8:00 PM | Dikemas kini: Apr 30, 2014 8:04 PM
Biduanita Kartina Dahari meninggal dunia di sini petang ini.
Akhbar tempatan melaporkan ratu keroncong itu meninggal dunia kerana penyakit barah.
Beliau berusia 73 tahun.
Kali terakhir Allahyarham membuat persembahan untuk para peminatnya ialah di Konsert Sayang Di Sayang terbitan Esplanade Teater Di Pesisiran sempena Pesta Raya 2013.
Kartina ialah antara biduanita Melayu era 1960-an hingga 1980-an.
Allahyarham meninggalkan tiga orang anak dan jenazahnya akan dikebumikan esok.
- Bernama

